PENGAJIAN MALAYSIA
(DUB 1012)
SESI JUN 2017
NAMA PENSYARAH : USTAZ FADHILI MUHAMMAD
NAMA
AHLI KUMPULAN :-
MUHAMMAD NUR AIMAN BIN MOHD SABIL 02DAT17F1033
MUHAMMAD NOOR FADILLAH BIN BAHARUDDIN 02DAT17F1024
TUAN AHMAD RAHIMI BIN TUAN ABDUL
RAHMAN 02DAT17F1072
MUHAMMAD HAZIQ BIN AZAHAR 02DAT17F1136
MUHAMMAD FAKHRUL IKHWAN BIN MOHD 02DAT17F1117
LAKSMANA
JABATAN : PERDAGANGAN
KURSUS : DIPLOMA PERAKAUNAN
KELAS : DAT1C
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T dan
salam sejahtera terlebih dahulu kami bersyukur kehadrat Ilahi di atas limpah
rahmat dan kurnia-Nya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus yang telah
diberikan ini dengan penuh jayanya.
Sesungguhnya, penghargaan sepenuhnya
diucapkan kepada Ustaz Fadhili Muhammad, Pensyarah Pengajian Malaysia (DUB
1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga
banyak membantu dan mengajar kami sepanjang proses untuk menyiapkan kerja ini
berlangsung.
Turut tidak dilupakan,
penghargaan buat ibu bapa kami yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada
anak-anaknya dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.
Akhir sekali, kami juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu sama
ada secara langsung atau tidak langsung amnya, kepada semua ahli kumpulan kami sendiri
dalam proses merealisasikan tugasan yang telah diberikan selama 4 minggu.
Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkaikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Sikap kerjasama sesama ahli kumpulan ternyata dapat membuahkan hasil dengan
kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua
pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
KONTRAK SOSIAL
Kontrak sosial adalah
persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina
dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun,
kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat
berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan
itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan
Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa
kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.
Isu kontrak sosial ini sering
ditimbulkan dan dipertikaikan mungkin kerana kontrak sosial ini telah
dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan antara elit pada masa
tertentu, dalam keadaan tertentu. Ini menyebabkan generasi baru menganggapnya sebagai
tidak lagi relevan. Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas
berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami
sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu
perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa
kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957
kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai
prasyarat.
Kontrak sosial adalah anak
kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.
Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara
demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan
persekutuan. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada
kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara
ini. Perlembagaan itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan
sifat bangsa dan negara Malaysia. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan
kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran dan diterima
secara automatis sebagai warga Negara dan diberikan jus soli. Inilah antara
sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami, berbilang kaum tetapi
berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga mengiktiraf
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem
pemerintahan beraja.
Sejarah Kontrak Sosial
Kontrak Sosial telah lama mekar di dalam masyarakat. Tiga orang ahli falsafah
yang banyak menghidupkan dan mewarnai teori Kontrak Sosial dalam sains politik moden Barat, ketika zaman pencerahan dan Revolusi Industri adalah Thomas Hobbes
[Leviathan, 1651M], dikuti oleh John Locke [TwoTreaties of Goverment, 1690M] dan Jean Jacques Rousseau [Du Contrat Social 1762M]. Karya Rousseau, Du Contrat
Social, dikatakan amat berpengaruh dalam mencetuskan Revolusi Perancis 1789.
Dalam konteks Islam, Kontrak Sosial dikenali sebagai Piagam Umat. Begitulah para sahabat yang mulia telah melepaskan segala ikatan yang ada pada mereka hanya semata-mata untuk mengikat diri mereka dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Mereka meninggalkan ikatan sejarah mereka dan mengikat diri dengan ikatan Islam. Setelah Rasulullah S.A.W hijrah ke Madinah, maka baginda terus menggubal piagam yang dinamakan Sahifah Al-Madinah (Piagam Madinah) sebagai asas kepada pembentukan sebuah negara baru, yakni Daulah Islamiyyah. Sahifah yang menjadi dokumen asas negara ini digubal berdasarkan wahyu semata-mata. Antara kandungan yang jelas adalah unsur pembentukan Negara, hubungan antara orang Islam dan kafir serta hubungan luar negara. Yang paling penting sekali adalah jika wujud sebarang persengketaan, hendaklah ia dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. Merujuk kepada hubungan antara kaum. Hak setiap kaum masih dipelihara sebagai usaha mewujudkan Negara Madinah yang harmoni.
Kontrak Sosial telah lama mekar di dalam masyarakat. Tiga orang ahli falsafah
yang banyak menghidupkan dan mewarnai teori Kontrak Sosial dalam sains politik moden Barat, ketika zaman pencerahan dan Revolusi Industri adalah Thomas Hobbes
[Leviathan, 1651M], dikuti oleh John Locke [TwoTreaties of Goverment, 1690M] dan Jean Jacques Rousseau [Du Contrat Social 1762M]. Karya Rousseau, Du Contrat
Social, dikatakan amat berpengaruh dalam mencetuskan Revolusi Perancis 1789.
Dalam konteks Islam, Kontrak Sosial dikenali sebagai Piagam Umat. Begitulah para sahabat yang mulia telah melepaskan segala ikatan yang ada pada mereka hanya semata-mata untuk mengikat diri mereka dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Mereka meninggalkan ikatan sejarah mereka dan mengikat diri dengan ikatan Islam. Setelah Rasulullah S.A.W hijrah ke Madinah, maka baginda terus menggubal piagam yang dinamakan Sahifah Al-Madinah (Piagam Madinah) sebagai asas kepada pembentukan sebuah negara baru, yakni Daulah Islamiyyah. Sahifah yang menjadi dokumen asas negara ini digubal berdasarkan wahyu semata-mata. Antara kandungan yang jelas adalah unsur pembentukan Negara, hubungan antara orang Islam dan kafir serta hubungan luar negara. Yang paling penting sekali adalah jika wujud sebarang persengketaan, hendaklah ia dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. Merujuk kepada hubungan antara kaum. Hak setiap kaum masih dipelihara sebagai usaha mewujudkan Negara Madinah yang harmoni.
ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL BERDASARKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan
adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia
daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan
sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian
perdamaian. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung
dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu.
Beberapa peruntukan yang
digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi
tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap
elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam
menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang
berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya
merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957.
Inilah asas yang menjadi
perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi
pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti
yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar
ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak
sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.
Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir
hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat
asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen
ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu
memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka.
KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL
Kontrak sosial memainkan peranan penting di dalam menjaga dan mempertahankan prinsip ketuanan Melayu. Kontrak ini sebenarnya telah dipersetujui dahulu dan ia adalah perjanjian antara orang Melayu dengan orang bukan melayu di dalam kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan pemberian hak kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu. Namun penekanan yang lemah tentang perkara ini telah menyebabkan ramai golongan muda sekarang tidak mengetahui perkara ini. Sepatutnya golongan bukan Melayu dan Bumiputera harus tahu bahawa kontrak sosial ini masih digunapakai dan perlu diikuti sehingga bila bila. Namun dewasa ini, perkara ini telah di ambil mudah dan menyebabkan ramai pihak lupa akan perkara ini maka wujudlah pelbagai ancaman dan soal hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera dipertikaikan.
TUJUAN
KONTRA SOSIAL
-
Ianya bertujuan untuk
menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing-masing.
-
Memastikan kepentingan majoriti
dan minoriti diambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
-
Memastikan persetujuan yang
dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi
kepentingan yang berpanjangan.
-
Memastikan setiap pihak yang
bersetuju mematuhi dan menyampaikan agar ia tidak bercanggah di masa depan.
Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia
1) Orang Melayu menerima dan mengiktiraf
orang Cina dan India sebagai warganegara.
2) Orang Cina dan India mengiktiraf
Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.
3)
Orang Cina dan India mengiktiraf Agama Islam sebagai agama persekutuan.
4) Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja-Raja Melayu.
5) Orang Cina dan India mengiktiraf
Hak keistimewaan orang Melayu.
BAHASA KEBANGSAAN
Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain
menggunakan bahasa mereka. Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa
lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa boleh dilarang dan
ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau
belajar apa apa bahasa lain. Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan
dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
AGAMA
PERSEKUTUAN
Dalam perlembagaan Malaysia, orang
melayu didefinasikan sebagai orang beragama islam dan mengamalkan cara hidup
dan budaya melayu serta bertutur dalam bahasa melayu. Orang melayu telah
mengenali dan mengamalkan islam sejak lebih 500 tahun yang lalu. Antara faktor
penting agama islam cepat diterima oleh orang melayu kerana sultan pada waktu
itu beragama islam. Orang melayu yang terkenal sebagai taat dan pantang derhaka
kepada sultan begitu mudah menerima islam sebagai agama baru mereka. Lebih-lebih lagi sultan sebagai ketua agama. Kedudukan sultan sebagai ketua agama
telah dikukuhkan lagi apabila Inggeris campur tangan di negeri-negeri melayu
pada tahun 1870-an. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874, kuasa Raja raja
melayu telah dihadkan dalam adat istiadat dan agama islam sahaja. Selain
daripada itu, Sultan hendaklah menerima nasihat daripada seorang penasihat
Inggeris. Setalah merdeka , Islam telah dijadikan agama rasmi persekutuan dan
kerajaan. Sebagai agama rasmi Negara , Kerajaan mempunyai kuasa untuk
memperuntukan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan
berkaitan dengan agama islam, seperti perbelanjaan mengurus , pembinaan masjid
dan sekolah agama. Bagaimanapun, sesuai dengan Negara demokrasi, agama lain
bebas diamalkan tetapi dilarang untuk meyalurkannya kepada penganut agama islam.
KEDUDUKAN
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
Hak istimewa bukan perkara asing bagi
orang Melayu. Tidak timbul soal diskriminasi, persaingan dan konflik antara
kaum pada waktu itu. Apabila Inggeris membawa masuk pekerja dalam sektor getah
dan bijih timah dengan jumlah yang ramai sebagai tenaga kerja, maka soal yang
tidak pernah dipersoalkan selama ini telah timbul. Orang Melayu terasa terancam
dan dianaktirikan apabila melihat jumlah pendatang asing semakin ramai.Tambahan
pula dengan kejayaan mereka menguasai ekonomi Negara telah memaksa kerajaan
memikirkan supaya orang melayu tidak terlalu ketinggalan jauh dari kaum
pendatang. Hak istimewa orang melayu diperkenalkan dalam perlembagaan supaya
pembelaan dan bantuan dapat diberikan kepada orang melayu sebagai penduduk
pribumi. YDPA telah diberi kuasa untuk memelihara kedudukan hak istimewa orang
melayu di semenanjung. Sabah dan Sarawak menyertai pada tahun 1963. Antara
perkara yang terkandung dalam hak istimewa orang melayu ialah kuota kemasukan
ke institusi pengajian tinggi , biasiswa kemudahan mendapatkan lesen dan permit
perniagaan. Bagaimanapun YDPA tidak boleh menganggu atau menarik balik apa apa
keistimewaan kaum lain untuk diberi kepada pribumi.
PEMERINTAHAN
BERAJA
Pemerintahan beraja telah wujud sejak
dalam sistem sosial Negeri-Negeri Melayu sejak berabad lamanya. Menurut sistem
beraja, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran
negeri. Raja bibantu oleh pembesar yang dilantik (sebelum penjajahan British) .
Semasa perjajahan British, kuasa mutlak mulai terhad. Raja mesti menerima
nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali hal adat istiadat melayu
dan agama islam. Hal ini juga belaku semasa Malayan Union yang diperkenalkan bagi
menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu. Kuasa Raja Raja Melayu dikembalikan
apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan setelah MU mendapat tentangan
hebat dari orang melayu. Setelah Negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja
dikekalkan dibawah konsep Raja Berperlembagaan. Hal ini selaras dengan sistem
demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Menurut konsep raja berperlembagaan,
Raja-Raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan dalam topik
yang telah dibincangkan, pelbagai ilmu yang telah kami rungkaikan. Namun
disebalik tugasan yang diberikan, ianya bukan perkara sia-sia yang kami
perolehi, malahan ianya dapat menambahkan lagi pengetahuan yang am terhadap
konsep kontrak sosial dalam jiwa diri kami dalam era generasi abad ke 21 ini.
Hidup bermuafakat antara sesama kaum menjadi tunjang dalam asas pembinaan Negara
maju dalam era globalisasi . Oleh itu, sebagai rumusan yang diperolehi,
perpaduan kaum perlu dikekalkan untuk mencapai kesejahteraan Negara. Selain
itu, setiap rakyat perlu menyingkirkan sikap mementingkan diri sendiri dan
berpuak-puak. Hal ini dapat dibuktikan melalui kontrak sosial yang telah dibuat
dimana setiap kaum mendapat keistimewaan tersendiri dan terutamanya kaum selain
dari kaum Melayu yang mengiktiraf kedudukan bahasa Melayu sebagai agama rasmi
Kebangsaan di samping Agama Islam sebagai agama rasmi Negara.
Seterusnya, setiap kaum juga perlulah
saling menghormati setiap amalan dan kepercayaan kaum lain. Seperti yang kita
ketahui, Negara kita yang berbilang kaum mempunyai pelbagai amalan dan
kepercayaan tersendiri. Oleh itu, semua kaum di Malaysia mestilah menghormati
kepercayaan kaum lain demi mencapai perpaduan kaum yg utuh. Akhir sekali,
Persengketaan dan pergaduhan antara kaum perlu dielakkan agar peristiwa 13 Mei
1969 tidak berulang semula.
LAMPIRAN
Dibawah ini kita boleh lihat hasil dari kontrak sosial yang terbina pada hari ini
hasil dari persepakatan kaum, Malaysia telah diberikan kemerdekaan
Orang melayu menentang penubuhan Malayan Union dimana hak keistimewaan orang melayu dihapuskan selain itu institusi raja-raja melayu tergugat.
Dan terbinalah sebuah Negara yang aman dan damai dimana rakyat hidup dalam berbilang kaum yang bersatupadu antara satu sama lain.
kontraksosialpm17.blogspot.com
peluang pinjaman yang ditawarkan oleh mr, pedro yang menyelamatkan keluarga saya dari belenggu keuangan halo semuanya, saya putri adiratnaa single mom dari jakarta, saya ingin membagikan kesaksian hebat ini tentang bagaimana saya mendapat pinjaman dari mr, pedro, ketika kami diusir dari rumah kami ketika saya tidak dapat membayar tagihan saya lagi, setelah ditipu oleh berbagai perusahaan online dan menolak pinjaman dari bank saya dan beberapa serikat kredit lain yang saya kunjungi. anak-anak saya diasuh oleh anak asuh, saya sendirian di jalan. hari aku dengan malu-malu bertemu dengan teman sekolah lama yang memperkenalkanku pada daisy maureen. pada awalnya saya mengatakan kepadanya bahwa saya tidak siap untuk mengambil risiko meminta pinjaman online lagi, tetapi dia meyakinkan saya bahwa saya akan menerima pinjaman saya dari mereka. setelah dipikir-pikir, karena tunawisma saya, saya harus mengambil percobaan dan mengajukan pinjaman, untungnya bagi saya, saya menerima pinjaman $80.000,00 dari mr, pedro. Saya senang saya mengambil risiko dan mengajukan pinjaman. anak-anak saya telah diberikan kembali kepada saya dan sekarang saya memiliki rumah dan bisnis saya sendiri. semua terima kasih dan rasa terima kasih pergi ke bantuan mr, pedro untuk memberi saya arti hidup ketika saya telah kehilangan semua harapan. jika Anda sedang mencari bantuan pinjaman, Anda dapat menghubungi mereka melalui: { pedroloanss@gmail.com whatsapp+1 863 231 0632 } telegram @ pedroloanss
ReplyDeleteCasinos With Slots Software - JTM Hub
ReplyDeleteAt JTM we develop the most 동두천 출장샵 popular 속초 출장마사지 slot machines. We are focused on creating top quality casinos 속초 출장마사지 that deliver 나주 출장마사지 thrilling 울산광역 출장마사지 games. Discover our top-tier slots