Wednesday 2 August 2017

:      

PENGAJIAN MALAYSIA

(DUB 1012)

SESI JUN 2017


NAMA PENSYARAH : USTAZ FADHILI MUHAMMAD

 

NAMA AHLI KUMPULAN :-

MUHAMMAD NUR AIMAN BIN MOHD SABIL                 02DAT17F1033

MUHAMMAD NOOR FADILLAH BIN BAHARUDDIN     02DAT17F1024

TUAN AHMAD RAHIMI BIN TUAN ABDUL RAHMAN   02DAT17F1072

MUHAMMAD HAZIQ BIN AZAHAR                                   02DAT17F1136

MUHAMMAD FAKHRUL IKHWAN BIN MOHD               02DAT17F1117

LAKSMANA

 

JABATAN : PERDAGANGAN

KURSUS : DIPLOMA PERAKAUNAN

KELAS : DAT1C




ISI KANDUNGAN

 -PENGHARGAAN
 -KONTRAK SOSIAL
 -SEJARAH KONTRAK SOSIAL
 -ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL BERDASARKAN
  PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 -KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL
 -TUJUAN KONTRAK SOSIAL
 -ISI KANDUNGAN KONTRAK SOSIAL
 -UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM KONTRAK SOSIAL
 -KESIMPULAN
 -RUJUKAN
 -LAMPIRAN
 
 

 

 

PENGHARGAAN

                   Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera terlebih dahulu kami bersyukur kehadrat Ilahi di atas limpah rahmat dan kurnia-Nya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus yang telah diberikan ini dengan penuh jayanya.
 
                  Sesungguhnya, penghargaan sepenuhnya diucapkan kepada Ustaz Fadhili Muhammad, Pensyarah Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu dan mengajar kami sepanjang proses untuk menyiapkan kerja ini berlangsung.
 
                  Turut tidak dilupakan, penghargaan buat ibu bapa kami yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anaknya dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.
                  Akhir sekali, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung amnya, kepada semua ahli kumpulan kami sendiri dalam proses merealisasikan tugasan yang telah diberikan selama 4 minggu. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkaikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama sesama ahli kumpulan ternyata dapat membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
 
 
 
KONTRAK SOSIAL
                  Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.
 
                  Isu kontrak sosial ini sering ditimbulkan dan dipertikaikan mungkin kerana kontrak sosial ini telah dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan antara elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu. Ini menyebabkan generasi baru menganggapnya sebagai tidak lagi relevan. Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. 
                 Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran dan diterima secara automatis sebagai warga Negara dan diberikan jus soli. Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami, berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem pemerintahan beraja.
 
Sejarah Kontrak Sosial

Kontrak Sosial telah lama mekar di dalam masyarakat. Tiga orang ahli falsafah
yang banyak menghidupkan dan mewarnai teori Kontrak Sosial dalam sains politik moden Barat, ketika zaman pencerahan dan Revolusi Industri adalah Thomas Hobbes
[Leviathan, 1651M], dikuti oleh John Locke [TwoTreaties of Goverment, 1690M] dan Jean Jacques Rousseau [Du Contrat Social 1762M]. Karya Rousseau, Du Contrat
Social, dikatakan amat berpengaruh dalam mencetuskan Revolusi Perancis 1789.

Dalam konteks Islam, Kontrak Sosial dikenali sebagai Piagam Umat. Begitulah para sahabat yang mulia telah melepaskan segala
ikatan yang ada pada mereka hanya semata-mata untuk mengikat diri mereka dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Mereka meninggalkan ikatan sejarah mereka dan mengikat diri dengan ikatan Islam. Setelah Rasulullah S.A.W hijrah ke Madinah, maka baginda terus menggubal piagam yang dinamakan Sahifah Al-Madinah (Piagam Madinah) sebagai asas kepada pembentukan sebuah negara baru, yakni Daulah Islamiyyah. Sahifah yang menjadi dokumen asas negara ini digubal berdasarkan wahyu semata-mata. Antara kandungan yang jelas adalah unsur pembentukan Negara, hubungan antara orang Islam dan kafir serta hubungan luar negara. Yang paling penting sekali adalah jika wujud sebarang persengketaan, hendaklah ia dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. Merujuk kepada hubungan antara kaum. Hak setiap kaum masih dipelihara sebagai usaha mewujudkan Negara Madinah yang harmoni.
 

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL BERDASARKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
                    Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu. 
                     Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957.
                    Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.
 
                         Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka.
 
 
KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL           


Kontrak sosial memainkan peranan penting di dalam menjaga dan mempertahankan prinsip ketuanan Melayu. Kontrak ini sebenarnya telah dipersetujui dahulu dan ia adalah perjanjian antara orang Melayu dengan orang bukan melayu di dalam kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan pemberian hak kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu. Namun penekanan yang lemah tentang perkara ini telah menyebabkan ramai golongan muda sekarang tidak mengetahui perkara ini. Sepatutnya golongan bukan Melayu dan Bumiputera harus tahu bahawa kontrak sosial ini masih digunapakai dan perlu diikuti sehingga bila bila. Namun dewasa ini, perkara ini telah di ambil mudah dan menyebabkan ramai pihak lupa akan perkara ini maka wujudlah pelbagai ancaman dan soal hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera dipertikaikan.

TUJUAN KONTRA SOSIAL

-         Ianya bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing-masing.

-         Memastikan kepentingan majoriti dan minoriti diambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.

-         Memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.

-         Memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan agar ia tidak bercanggah di masa depan.

 

Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia

1) Orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara.

2) Orang Cina dan India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.

3) Orang Cina dan India mengiktiraf Agama Islam sebagai agama persekutuan.

4) Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja-Raja Melayu.

5) Orang Cina dan India mengiktiraf Hak keistimewaan orang Melayu.

 
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

 

BAHASA KEBANGSAAN

Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa boleh dilarang dan ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa apa bahasa lain. Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan. 

 

AGAMA PERSEKUTUAN

Dalam perlembagaan Malaysia, orang melayu didefinasikan sebagai orang beragama islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya melayu serta bertutur dalam bahasa melayu. Orang melayu telah mengenali dan mengamalkan islam sejak lebih 500 tahun yang lalu. Antara faktor penting agama islam cepat diterima oleh orang melayu kerana sultan pada waktu itu beragama islam. Orang melayu yang terkenal sebagai taat dan pantang derhaka kepada sultan begitu mudah menerima islam sebagai agama baru mereka. Lebih-lebih lagi sultan sebagai ketua agama. Kedudukan sultan sebagai ketua agama telah dikukuhkan lagi apabila Inggeris campur tangan di negeri-negeri melayu pada tahun 1870-an. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874, kuasa Raja raja melayu telah dihadkan dalam adat istiadat dan agama islam sahaja. Selain daripada itu, Sultan hendaklah menerima nasihat daripada seorang penasihat Inggeris. Setalah merdeka , Islam telah dijadikan agama rasmi persekutuan dan kerajaan. Sebagai agama rasmi Negara , Kerajaan mempunyai kuasa untuk memperuntukan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama islam, seperti perbelanjaan mengurus , pembinaan masjid dan sekolah agama. Bagaimanapun, sesuai dengan Negara demokrasi, agama lain bebas diamalkan tetapi dilarang untuk meyalurkannya kepada penganut agama islam.
 

KEDUDUKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK


Hak istimewa bukan perkara asing bagi orang Melayu. Tidak timbul soal diskriminasi, persaingan dan konflik antara kaum pada waktu itu. Apabila Inggeris membawa masuk pekerja dalam sektor getah dan bijih timah dengan jumlah yang ramai sebagai tenaga kerja, maka soal yang tidak pernah dipersoalkan selama ini telah timbul. Orang Melayu terasa terancam dan dianaktirikan apabila melihat jumlah pendatang asing semakin ramai.Tambahan pula dengan kejayaan mereka menguasai ekonomi Negara telah memaksa kerajaan memikirkan supaya orang melayu tidak terlalu ketinggalan jauh dari kaum pendatang. Hak istimewa orang melayu diperkenalkan dalam perlembagaan supaya pembelaan dan bantuan dapat diberikan kepada orang melayu sebagai penduduk pribumi. YDPA telah diberi kuasa untuk memelihara kedudukan hak istimewa orang melayu di semenanjung. Sabah dan Sarawak menyertai pada tahun 1963. Antara perkara yang terkandung dalam hak istimewa orang melayu ialah kuota kemasukan ke institusi pengajian tinggi , biasiswa kemudahan mendapatkan lesen dan permit perniagaan. Bagaimanapun YDPA tidak boleh menganggu atau menarik balik apa apa keistimewaan kaum lain untuk diberi kepada pribumi.


PEMERINTAHAN BERAJA

Pemerintahan beraja telah wujud sejak dalam sistem sosial Negeri-Negeri Melayu sejak berabad lamanya. Menurut sistem beraja, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri. Raja bibantu oleh pembesar yang dilantik (sebelum penjajahan British) . Semasa perjajahan British, kuasa mutlak mulai terhad. Raja mesti menerima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali hal adat istiadat melayu dan agama islam. Hal ini juga belaku semasa Malayan Union yang diperkenalkan bagi menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu. Kuasa Raja Raja Melayu dikembalikan apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan setelah MU mendapat tentangan hebat dari orang melayu. Setelah Negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja dikekalkan dibawah konsep Raja Berperlembagaan. Hal ini selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Menurut konsep raja berperlembagaan, Raja-Raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.




 
KESIMPULAN
 
             Sebagai kesimpulan dalam topik yang telah dibincangkan, pelbagai ilmu yang telah kami rungkaikan. Namun disebalik tugasan yang diberikan, ianya bukan perkara sia-sia yang kami perolehi, malahan ianya dapat menambahkan lagi pengetahuan yang am terhadap konsep kontrak sosial dalam jiwa diri kami dalam era generasi abad ke 21 ini. Hidup bermuafakat antara sesama kaum menjadi tunjang dalam asas pembinaan Negara maju dalam era globalisasi . Oleh itu, sebagai rumusan yang diperolehi, perpaduan kaum perlu dikekalkan untuk mencapai kesejahteraan Negara. Selain itu, setiap rakyat perlu menyingkirkan sikap mementingkan diri sendiri dan berpuak-puak. Hal ini dapat dibuktikan melalui kontrak sosial yang telah dibuat dimana setiap kaum mendapat keistimewaan tersendiri dan terutamanya kaum selain dari kaum Melayu yang mengiktiraf kedudukan bahasa Melayu sebagai agama rasmi Kebangsaan di samping Agama Islam sebagai agama rasmi Negara.
Seterusnya, setiap kaum juga perlulah saling menghormati setiap amalan dan kepercayaan kaum lain. Seperti yang kita ketahui, Negara kita yang berbilang kaum mempunyai pelbagai amalan dan kepercayaan tersendiri. Oleh itu, semua kaum di Malaysia mestilah menghormati kepercayaan kaum lain demi mencapai perpaduan kaum yg utuh. Akhir sekali, Persengketaan dan pergaduhan antara kaum perlu dielakkan agar peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang semula.
 
 RUJUKAN
 
 -BUKU TEKS PENGAJIAN MALAYSIA, OXFORD FAJAR SDN. BHD
   -INTERNET :
        -https://ms.wikipedia.org/wiki/kontrak_sosial_(Malaysia
        -polihackers.blogspot.com/2014/09.html
        -pmsgroupingwok.blogspot.my/2014/09/02.html     
        -https://www.slideshare.net/unsur-tradisi-dalam-perlembagaan
       
   
 LAMPIRAN
 
 
 Dibawah ini kita boleh lihat hasil dari kontrak sosial yang terbina pada hari ini
 
Image result for kontrak sosial
 
 
hasil dari persepakatan kaum, Malaysia telah diberikan kemerdekaan
 
 


Image result for malayan union

 

Orang melayu menentang penubuhan Malayan Union dimana hak keistimewaan orang melayu dihapuskan selain itu institusi raja-raja melayu tergugat.

 
 
 
Image result for bersatu padu
 
 
 Dan terbinalah sebuah Negara yang aman dan damai dimana rakyat hidup dalam berbilang kaum yang bersatupadu antara satu sama lain.
 

















 

kontraksosialpm17.blogspot.com